BERAMAL KERANA ALLAH

Latest

Makluman Kursus Umrah

Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat sekalian.Insyaallah pada 5/2/2012 dan 19/2/2012 akan diadakan kursus umrah di Maahad Tahfiz Darul Fikri. Anda semua dijemput hadir terutama kepada peserta umrah..sekian..

Kembara ke China

Setelah berazam begitu lama menyimpan hasrat untuk melebarkan lagi sayap menjelajah ke negara lain, alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat tersebut. Baru-baru ini kami bersama 30 orang jemaah pergi kembara ke China.

Read the rest of this page »

Duka dan Luka Pasca PRU 12

Duka dan Luka Pasca PRU 12

Penat sungguh rasanya, maklum selama sepuluh hari sepanjang tempuh waktu berkempen pada pilihanraya umun ke 12. 2008, sebagai amilin parti sudah tentu saya mengerahkan seluruh masa dan tenaga bersama sahabat-sahabat yang lain bekerja untuk menang, tetapi bukan senang untuk menang apatah lagi terpaksa bertembung, bergumpal dengan lawan yang sempurna persediaannya, mereka semuanya ada dan kami semua seadanya, setelah usai keputusan pilihanraya terasa juga duka dihati dengan keputusan, bukan duka dengan kekalahan sebab dah biasa kalah, tapi duka mengenangkan orang melayu Islam tak nak beri sokongan kepada jamaah Islam, tak nak berada dibawah kepimpinan Ulama’.

Sedih dan sayu juga bila baca sms dari sahabat-sahabat yang kebanyakkan mereka menulis “Ustaz biarlah kita kalah di dunia asalkan kita menang di Akhirat”, seorang sahabat saya dari Sabah menghantar sms “Islam psti mng, kbtilan psti trsgkur,trskn prjngan”saya tulis dalam susunan asal huruf singkat ejaan ringkas sms, optimis sungguh sahabat saya ni terhadap kemenangan yang dijanjikan Allah, InsyaAllah kata saya dalam hati, selagi nyawa masih berdetik saya akan teruskan perjuangan ini.

Suara dari Masjidil Haram

Selama tiga hari usai pilihanraya,saya qadakan tidur dan rehat yang terabai sepanjang tempoh kempen,entah berapa jam masa tidur yang tertinggal saya tak ingat, apa yang pasti saya qadakan, saya tidur kemudian bangun untuk solat kemudian makan, lepas tu tidur semula, jadi pemalas seketika kerana asyik tidur dan makan je, setelah tiga hari akhirnya mata saya dah tak mampu nak tertutup lagi, tubuh pun dah sakit dan lenguh sebab terbaring je, tapi hati masih lagi terluka, maklum baru habis perang, yang menang pun pasti luka apatah lagi yang belum menang lagi.Selesai solat subuh pada hari ke empat ntah mengapa tiba-tiba hati tersentuh dengan bacaan Al Qur’an oleh Sheikh Abdul Rahman Sudais yang terdengar melalui radio IKIM, maklumlah orang dalam kesedihan memang mudah tersentuh, suara Imam Masjidil Haram saya hayati sehingga terdorong hati untuk menjengah ke Tanah Suci sehingga dorongan hati menjadi ketetapan,saya mesti ke Mekah dalam masa terdekat ini. Read the rest of this page »

Taklimat dan Kursus Umrah 2011 Versi II

ASSALAMMUALAIKUM….

KAMI MENJEMPUT SEMUA JEMAAH UMRAH YANG SUDAH BERDAFTAR ATAU MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERMINAT UNTUK MENDENGAR TAKLIMAT DAN KURSUS UMRAH DARI PIHAK KAMI AMALPAHANG-UMRAH PADA :

TARIKH : 27-02-2011
HARI : AHAD
JAM : 9.00 AM – 12.00 PM
TEMPAT : MAHAAD TAHFIZ DARUL FIKRI,SERI DAMAI,KUANTAN.

DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI KERANA PERCUMA DAN UNTUK MENAMBAHKAN ILMU TENTANG IBADAT UMRAH ANDA……..

Perutusan Ramadhan & Aidilfitri 1431H

Saya mengucapkan Ramadhan Karim kepada semua rakyat Malaysia secara amnya dan khususnya kepada ahli jemaah saya yang telah turut bersama-sama dengan saya dalam Program Umrah Tarbawi.
Saya juga mendahulukan ucapan Selamat Menyambut Aidil Fitri yang akan menjelma selepas kita menunaikan kewajipan di bulan Ramadhan.

Ustaz Rosli Jabar
Pengarah Program Umrah Tarbawi.